Free HTML Blog 4u KARANGAN UPSR: Cara-Cara Menjaga Kesihatan

..

..

Sunday 6 September 2015

Cara-Cara Menjaga Kesihatan

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
          
           Cara yang lagi mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
           
           Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
           
           Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.
            
           Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

           
           Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

 

25 comments:

  1. Assalamualaikum , terima kasih dirah kerana menulis karangan ini dan dapat menolong saya menyiapkan kerja saya

    ReplyDelete
  2. one thing comellah kucing tu eeeeeeeee geramnyeeer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi,cantik nampak bahasa kau. Kau ingat kau hebat sangat ke hah. Dah la orang malaysia

      Delete
  3. Tq kerana tolong sya siap kn kerjs sek ....

    ReplyDelete
  4. ayat yng gramatis sesuai utk

    ReplyDelete
  5. because you l can complete my work

    ReplyDelete