Free HTML Blog 4u KARANGAN UPSR: Faedah Menyertai Kelas Tambahan Di Sekolah

..

..

Sunday 6 September 2015

Faedah Menyertai Kelas Tambahan Di Sekolah

  Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah yang mereka peroleh apabila mengikuti kelas sebegini. Kelas tambahan sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan murid-murid kini.


       Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.

     Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.

     Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.

      Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.

     Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang dihadiri oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa dengan menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting daripada kuantiti menghadiri kelas.

44 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. WHY DO YOU DO THIS TO ME PLS DONT DO THIS. AND YOUR WORDS ARE FULL OF CRAPE BULLSHIT AND SHIT THANK YOU BYE BYE

    ReplyDelete
    Replies
    1. You dont know malay so you dont know the importance of this essay to many malaysian students okay. So stop with your vulgar words.

      Delete
  3. Terima kasih kerana membantu saya :)

    ReplyDelete
  4. Karangan yang hebat. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Karangan sepatutnya ada 3 atau 4 ayat.

    ReplyDelete
  6. Bagus.... senang nak buat dan boleh ingat

    ReplyDelete
  7. I think i can write this when i am 7 years old.(So bad)

    ReplyDelete
  8. wow!saya sokong blog awak sebab blog awak bagus untuk budak baru nak amik UPSR...

    ReplyDelete
  9. Wow!bagusnya 😍 Sya sokong blog awak sebab karangan ini bagus ni bagus untuk budak daripada generasi akan datang

    ReplyDelete
  10. Actually dia seorang blogger,kenapa nak marah dia?Dia ada hak nak tulis apa pun.Lagipun essay yang dia tulis mungkin boleh bantu pelajar untuk dapatkan isi.Mungkin dia x tulis huraian supaya dia x nak pelajar copy semua ayat dia.Nama pun pelajar kenalah usaha x kan semua nak tiru Internet,kenalah guna otak jugak.

    ReplyDelete
  11. Kantoi ngn cikgu hehehebebeb

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. why is everyone so salty 😰

    ReplyDelete