Free HTML Blog 4u KARANGAN UPSR

..

..

Wednesday, 9 September 2015

UPSR thun neyh, rsenye sng bgi sye lh. karangan bm yg kluar
 - akhiri dengan ayat ''ibu kanak-kanak itu mengucapkan            terimakasih kpdku''
 - kebaikan menonton televisyen
 - laporan hari kemerdekaan

mcm mne ?? sng ke idokk. sye buat yg no 1 tuh. kongsi lahh. 

Hai !! Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Nama saya Izni Nadirah , orang panggil saya Dirah .Saya sekolah dkt sk sungai pusu . sesiapa kawan saya yg cri blogger sye . neyh lah blogger sya . karangan karangan neyh ade lh jgk cikgu sye pye . sye nk share jewk . sharing is caring . keyh lah bubye.

Monday, 7 September 2015

Contoh Catatan Program Motivasi

20 April 2007
7.30 pagi    :  Kami mendaftar diri. Kemudian, murid berkumpul di dewan.
8.00 pagi    : Guru Besar memberi ucapan.Guru besar menasihati kami agar belajar
                     bersungguh-sungguh.
8.30 pagi    : Penceramah menyampaikan ceramah.Beliau memberi pelbagai
                     nasihat kepada murid. Kami juga diajar CARA menjawab soalan Bahasa
                     Malaysia.
10.00 pagi   : Rehat dan makan di kantin.
10.30 pagi   : Menyanyi dan bermain
11.30 pagi   : Guru Besar menyampaikan cenderamata.

12.00 tengah hari : Kami balik dengan perasaan yang gembira.

Rangka Karangan Program Motivasi


Cara-Cara Menghormati IbuBapa

     Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak akan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka yang telah melahir dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.

     Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka. Antaranya ialah dengan menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Sebagai ibu bapa mereka akan menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak. Sudah semestinya setiap keputusan atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk kebaikan kita.  Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak atau membuat keputusan yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.

    Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara mendengar  nasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada tersilap langkah dan melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan untuk memberi bimbingan  dan panduan  demi kebaikan kita sendiri.

    Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah bersusah payah melahirkan kita, membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita. Mereka bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata menjaga kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh  agar berjaya mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.

    Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian seperti mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan halaman rumah serta membantu menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya berasa gembira dan bangga mempunyai anak-anak yang ringan tulang.

     Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak dan ia juga dituntut oleh agama. Hormati dan sayangilah ibu bapa sementara  mereka masih ada.



Sunday, 6 September 2015

Faedah Membaca Surat Khabar

Di Malaysia terdapat banyak surat khabar yang diterbitkan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, dan New Straits Times. Surat khabar ini diterbitkan pada setiap hari dalam pelbagai bahasa. Terdapat banyak kebaikan membaca surat khabar.
    
      Membaca surat khabar dapat menambahkan ilmu pengatahuan. Pembaca juga boleh mengemukakan pendapat mereka di dalam surat khabar. Gambar sesuatu peristiwa boleh digunting dan disimpan untuk rujukan masa hadapan ataupun dijadikan buku skrap.
    
      Sekiranya kita rajin membaca surat khabar, kita akan dapat mengetahui banyak peristiwayang berlaku. Sedikit sebanyak peristiwa yang kita baca dapat mematangkan pemikiran kita. Selain itu, kita dapat menjadikan peristiwa itu sebagai teladan dan pengajaran. Kita juga dapat membandingkan sesuatu kejadian ditempat lain dengan di tempat sendiri.
    
      Dengan membaca surat khabar murid dapat menambahkan perbendaharaan kata mereka. Selain itu murid juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan mereka terjebak dengan segala sosial seperti melepak. Sekiranya mereka rajin membaca (majalah didik) dan (minda pelajar) yang dikhaskan untuk murid akan dapat meningkatkan pencapain merekadi dalam peperiksaan.
    
      Rajin membaca surat khabar juga akan dapat melahirkan insan yang bermaklumat. Di dalam surat khabar terdapat pelbagai iklan. Melalui iklan ini, pembaca mempunyai pilihan tentang sesuatu barang ataupun perkhidmatan yang diingini. Di dalam surat khabar juga terdapat intisari rancangan televisyen.
    
      Sesungguhnya, membaca surat khabar banyak kebaikannya. Ibu bapa perlu merasang minat anak-anak membaca surat khabar. Sewajarnya, pihak syarikat surat khabar menurunkan harga surat khabar supaya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat


Cara-Cara Menjaga Kesihatan

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
          
           Cara yang lagi mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
           
           Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
           
           Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.
            
           Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

           
           Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.