Setiap
orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian,
kecemerlangan tersebut tidak dating dengan sendirinya, sebaliknya, perlu
disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam
kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan
oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan
oleh guru.
Selain
itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah,
kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu
topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti
kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas
tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topic-topik yang sukar.
Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.
Di samping itu, kita juga perlu banyak
membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu
kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan
peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan
kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.
No comments:
Post a Comment