Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari
kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk
perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita
berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang
untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara
yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat
akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu
barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu
barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu
sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan
seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan
boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup
berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga
menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita
dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa
lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat
mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat
daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan
wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan
berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka
sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka
akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa
dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar
bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa
berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita.
Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa
pelbagai masalah.
super
ReplyDeleteHejeudufje
ReplyDeletewalwee
ReplyDelete