UPSR thun neyh, rsenye sng bgi sye lh. karangan bm yg kluar
- akhiri dengan ayat ''ibu kanak-kanak itu mengucapkan terimakasih kpdku''
- kebaikan menonton televisyen
- laporan hari kemerdekaan
mcm mne ?? sng ke idokk. sye buat yg no 1 tuh. kongsi lahh.
..
Wednesday, 9 September 2015
Monday, 7 September 2015
Contoh Catatan Program Motivasi
20 April 2007
7.30 pagi
: Kami mendaftar diri. Kemudian,
murid berkumpul di dewan.
8.00 pagi
: Guru Besar memberi ucapan.Guru besar menasihati kami agar belajar
bersungguh-sungguh.
8.30 pagi
: Penceramah menyampaikan ceramah.Beliau memberi pelbagai
nasihat kepada murid. Kami
juga diajar CARA menjawab soalan Bahasa
Malaysia.
10.00 pagi
: Rehat dan makan di kantin.
10.30 pagi
: Menyanyi dan bermain
11.30 pagi
: Guru Besar menyampaikan cenderamata.
12.00 tengah hari : Kami balik dengan perasaan
yang gembira.
Cara-Cara Menghormati IbuBapa
Ibu bapa ialah insan yang
sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak
akan berpeluang
merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka yang telah melahir
dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru sebagai seorang anak, kita
perlulah sentiasa menghormati mereka.
Terdapat banyak cara yang
boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka. Antaranya ialah dengan
menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Sebagai ibu bapa mereka akan
menentukan apa yang terbaik untuk anak-anak. Sudah semestinya setiap keputusan
atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk kebaikan
kita. Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak
atau membuat keputusan yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.
Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara
mendengar nasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka dengan
hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada
tersilap langkah dan melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan
untuk memberi bimbingan dan panduan demi kebaikan kita
sendiri.
Di samping itu belajar
bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu cara yang boleh kita
lakukan sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah bersusah payah
melahirkan kita, membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita. Mereka
bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata menjaga
kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar
bersungguh-sungguh agar berjaya mencapai cita-cita. Kejayaan dalam
pelajaran pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.
Selain itu, membantu ibu bapa
melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian seperti mengemas rumah, mencuci
pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan halaman rumah serta membantu
menjaga adik juga adalah merupakan satu lagi cara menunjukkan rasa hormat dan
kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat meringankan beban tugas serta
keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya berasa gembira dan bangga
mempunyai anak-anak yang ringan tulang.
Secara ringkasnya dapatlah
dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada
kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan
tanggungjawab anak-anak dan ia juga dituntut oleh agama. Hormati dan sayangilah
ibu bapa sementara mereka masih ada.
Sunday, 6 September 2015
Faedah Membaca Surat Khabar
Di Malaysia terdapat
banyak surat khabar yang diterbitkan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia,
Kosmo, dan New Straits Times. Surat khabar ini diterbitkan pada setiap hari
dalam pelbagai bahasa. Terdapat banyak kebaikan membaca surat khabar.
Membaca surat khabar dapat
menambahkan ilmu pengatahuan. Pembaca juga boleh mengemukakan pendapat mereka
di dalam surat khabar. Gambar sesuatu peristiwa boleh digunting dan disimpan
untuk rujukan masa hadapan ataupun dijadikan buku skrap.
Sekiranya kita rajin membaca surat khabar, kita akan dapat mengetahui
banyak peristiwayang berlaku. Sedikit sebanyak peristiwa yang kita baca dapat
mematangkan pemikiran kita. Selain itu, kita dapat menjadikan peristiwa itu
sebagai teladan dan pengajaran. Kita juga dapat membandingkan sesuatu kejadian
ditempat lain dengan di tempat sendiri.
Dengan membaca surat khabar murid dapat menambahkan perbendaharaan kata
mereka. Selain itu murid juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu
yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan mereka terjebak dengan segala sosial
seperti melepak. Sekiranya mereka rajin membaca (majalah didik) dan (minda
pelajar) yang dikhaskan untuk murid akan dapat meningkatkan pencapain merekadi
dalam peperiksaan.
Rajin membaca surat khabar juga akan dapat melahirkan insan yang
bermaklumat. Di dalam surat khabar terdapat pelbagai iklan. Melalui iklan ini,
pembaca mempunyai pilihan tentang sesuatu barang ataupun perkhidmatan yang
diingini. Di dalam surat khabar juga terdapat intisari rancangan televisyen.
Sesungguhnya, membaca surat khabar banyak kebaikannya. Ibu bapa perlu
merasang minat anak-anak membaca surat khabar. Sewajarnya, pihak syarikat surat
khabar menurunkan harga surat khabar supaya mampu dibeli oleh semua lapisan
masyarakat
Cara-Cara Menjaga Kesihatan
Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka
sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak
cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Cara
yang lagi mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti
mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah
bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa
sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang
berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam
kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang
baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu
memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan
penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual
berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di
peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi
selalu.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang
harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria kepada diri dan keluarga.
Cara-Cara Menjadi Murid Cemerlang
Setiap
orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian,
kecemerlangan tersebut tidak dating dengan sendirinya, sebaliknya, perlu
disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam
kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan
oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan
oleh guru.
Selain
itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah,
kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu
topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti
kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas
tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topic-topik yang sukar.
Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.
Di samping itu, kita juga perlu banyak
membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu
kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan
peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan
kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.
Cara-Cara Mengatasi Masalah Murid
Belakangan ini,kita dikejutkan dengan pelbagai
berita tentang masalah disiplin pelajar.Terpapar di akhbar berita pelajar
menumbuk guru,ponteng sekolah,melepak,terlibat dalam jenayah juvenil dan
sebagainya.Masalah disiplin pelajar ini membimbangkan semua pihak.
Pembentukan disiplin
bermula di rumah.Rumah merupakan institusi pertama dan utama dalam usaha
menyemaikanbenih disiplin.Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa.Mereka
mestilah membekalkan anak mereka dengan pendidika agama dan moral.Amalan-amalan
dalam agama merupakan asas kepada pembentukan disiplin.Dalamnya terkandung
ketaatan kepada orang tua,bersopan-santun,tolong-menolong,hormat-menghormati
dan sebagainya.Semua hal itu merupakan benih disiplin yang perlu disuburkan di
rumah,kemudian barulah dibajai di sekolah.
Di samping itu,ibu bapa
hendaklah mengawasi kelakuan anak-anak mereka secara berterusan dari semasa ke
semasa.kasih sayang dan perhatian akan membantu memantapkan nilai-nilai
disiplin yang baik.
Di sekolah,peranan itu
terletak di bahu guru.Disiplin dibentukan melalui penguatkuasaan,undang-undang
dan peraturan-peraturan yang sedia ada di sekolah.Di peringkat ini
juga,penguatkuasaan disiplin bukan sahaja terletak di bahu guru disiplin.Semua
guru merupakan ejen pembentuk disiplin murni di kalangan pelajarannya.
Kita tahu pengaruh rakan
sebaya amat kuat dalam pembentukan disiplin.Dalam hal ini,pelajaj mestilah
pandai bergaul dan perlu memilih kawan yang baik dan tidak bermasalah disiplin
sahaja.
Akhir sekali, mengatasi
masalah ini adalah dengan melibatkan diri dalam kegiatan yang berfaedah.Di
sekolah,misalnya,pelajar boleh menyertai pelbagai kegiatan kokurikulam seperti
kelab,persatuan dan pasukan beruniform.
Faedah Menyertai Kelas Tambahan Di Sekolah
Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.
Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab dengan tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.
Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.
Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang dihadiri oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa dengan menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting daripada kuantiti menghadiri kelas.
Faedah Aktiviti Kokurikulum
Kegiatan
kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah
dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada
masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak
langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala
sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih
setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat
melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti
pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila
pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada
kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum
juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai
kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita
akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan
mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya.
Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita
boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesame kita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila
kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan
aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula
hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Faedah Komputer
Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan
maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan
maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Penggunaan komputer semakin popular di
dunia dewasa ini. Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer peribadi,
komputer meja, komputer mudah alih, komputer talapak dan sebagainya.
Murid-murid terdedah kepada dunia komputer sejak peringkat sekolah rendah
lagi.
Pendedahan
ini memberikan banyak faedah kepada mereka. Antaranya, murid-murid boleh
meluaskan pengetahuan dan minda mereka melalui penggunaan internet. Murid-murid
dapat mencari maklumat terkini dengan cepat dan mudah. Oleh yang demikian,
dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. Secara tidak langsung ini
akan membantu murid-murid meningkatkan prestasi akademik mereka.
Di samping itu, komputer memudahkan tugas
kita. Banyak kerja dan tugasan kini dilakukan dengan bantuan komputer, seperti
kerja-kerja penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Komputer
membolehkan kita menyiapkan kerja tersebut dengan mudah dan cepat. Bagi
murid-murid, penggunaan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan
pengajaran sama ada di rumah mahupun di dalam kelas.
Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat
menarik minat murid-murid mengikuti pelajaran. Teknik kapur dan papan hitam
yang digunakan pada hari ini mungkin akan membosankan para murid yang
dibesarkan dalam zaman teknologi maklumat ini. Komputer, dengan konsep
multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para
pelajar. Sudah pastinya, setiap murid akan berasa seronok dan ingin
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Justeru, akan
memudahkan murid memahami sesuatu pelajaran kerana mereka mendapat gambaran yang
tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari.
Komputer juga mempunyai program untuk
memperkembang bahasa, contohnya tesaurus. Murid-murid boleh belajar makna
perkataan dan penggunaannya. Justeru, murid-murid akan bijak menyampaikan idea.
Penulisan karangan juga akan menjadi lebih mantap dengan penggunaan kosa kata
yang lebih meluas.
Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini. Guru-guru dan juga murid-murid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak menggunakan komputer sejak dari kecil lagi agar mereka dapat menggunakan teknologi komputer sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.
Pentingnya Berjimat Cermat Ketika Berbelanja
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari
kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk
perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)